Saint-Gobain Weber Malaysia Shall ensure that the collection, use and Disclosure of your personal data is consistent with the Malaysia Personal Data Protection Act 2010 (‘PDPA’) and the relevant Privacy Laws in place in each jurisdiction that Saint-Gobain Weber Malaysia operates in.
It is acknowledge that personal data collected and processed is obtained voluntarily and with your consent. Please read our Company's Privacy Policy.

Weber Saint-Gobain - Official website of the company

Saint-Gobain Weber Malaysia meraikan Ulangtahun ke 350 dengan SEA Abrasive & KL Finance Shared Service Center (FSSC)

Pada 15 Oktober 2015 semua entiti perniagaan Kumpulan Saint-Gobain di Malaysia telah meraikan Ulangtahun yang ke 350. Sambutan ulang tahun ini adalah peluang dan kesempatan kepada semua kakitangan mengingati tentang kekuatan yang telah diperolehi menerusi  sejarah 350 tahun dan 350 tahun inovasi yang berterusan.

Pengalaman ini membuktikan  kita memahami dan memberi tumpuan kepada jangka masa panjang. Ia juga memberikan kita ketenangan dan ketangkasan untuk menyesuaikan diri dengan dunia yang sentiasa berubah-ubah. Sejarah kita adalah bukti bahawa kita adalah sebuah syarikat yang telah secara konsisten mencabar sempadan halangan dan cabaran teknologi.

Pada hari yang  bersejarah ini ... Weber Malaysia telah disertai oleh pasukan dari Abrasives SEA &  Shared Service Center KL (FSSC) untuk meraikan ulang tahun ini secara bersama . Pada acara itu telah dipersembahkan  peristiwa dan aktiviti penting serta sejarah penting bagi Saint-Gobain dan setiap entiti yang mengambil bahagian. Selain dari itu diadakan juga acara kuiz interaktif yang menyeronokkan agar  pekerja dapat mengetahui lebih lanjut mengenai kumpulan . Acara ini adalah platform yang ideal untuk kita mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik dan untuk meningkatkan kesatuan.

Hari Saint-gobain juga merupakan peluang untuk memberikan  "Anugerah Pekerja Terbaik" bagi mengiktiraf kakitangan yang benar-benar cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Kemuncak majlis itu ialah majlis memotong kek untuk menandakan hari yang bersejarah ini. Melalui

acara ini, pekerja telah belajar mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah Saint-Gobain, strategi dan objektif jangka panjang.

 

 

Selamat Hari Saint-Gobain!